Siakap Keli

Provokasi Melampau Dan Tawar Arak Antara Punca Khabib Serang ‘Penonton’ Lepas Tumbangkan McGregor

Pertarungan Mix Martial Art, Ultimate Fighting Championship (UFC) yang mempertemukan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov  dan wakil Ireland, Conor McGregor baru sahaja berlangsung sebentar tadi dengan submision daripada McGregor menyaksikan Khabib diangkat sebagai juara.

Bagaimanapun, yang menjadi riuh di media sosial ketika ini bukanlah mengenai kemenangan Khabib, sebaliknya cerita luar gelanggang sebaik sahaja pertempuran tamat, dimana Khabib yang dilihat hilang sabar bertindak melompat keluar dari pagar pentas dan meluru ke arah penonton serta menyerang seorang lelaki.

Siapakah lelaki berkenaan dan apakah punca yang menyebabkan Khabib begitu marah, hingga bertindak di luar batas. Satu tindakan uyang boleh meletakkan kemenangannya dalam posisi yang bahaya?

Lelaki yang diserang oleh Khabib itu tidak lain tidak bukan adalah sahabat baik kepada McGregor, seorang petarung Bellator dan pakar dalam jujitsu. Dia adalah Dillon Danis.

Tapi mengapa? Khabib punya alasan yang tersendiri, seperti yang dilaporkan oleh media-media antarabangsa, Khabib adalah seorang lelaki yang suka berdiam diri dan tidak terlalu melayan provokasi. Dia lebih sukakan keputusan di atas gelanggan menjawab semua penghinaan lawannya.

McGregor

Salah satu puncanya adalah Danis sendiri, menurut laporan Express UK, Khabib berang kerana tindakan kata-kata Danis diluar gelanggang dan aksi pertarungan tidak profesional McGregor di dalam gelanggang. Perkara ini turut diakui sendiri oleh Joe Rogan, salah seorang pundit yang amat dihormati dalam sukan UFC.

”Khabib sangat marah kerana McGregor berulang kali memegang glovenya (Khabib). Dia cuba memberitahu kepada pengadil beberapa kali. Tiga kali sebenarnya. Sebab itulah dia sangat marah,” kata Rogan.

Menurut Rogan lagi, Danis turut bersalah dalam kejadian ini apabila dilihat beberapa kali mengatakan sesuatu kepada Khabib di atas gelanggang, bagaimanapun kata-kata tersebut tidak dapat dipastikan. Namun, tindakan Khabib tersebut yang terkenal sebagai seorang pertarung yang tenang telah mencemarkan reputasinya.

Khabib

”Saya tidak pernah melihat sesiapa pun melakukan kesilapan sepertinya dalam hidup saya. Khabib bertarung dengan hebat dan menyudahkan segalanya dengan sempurna.

”Dia menewaskan McGregor. Ia satu balas dendam yang baik. Itu sahaja yang sepatutnya dia lakukan. Dia berada di kelasnya tersendiri dan bertahan dengan maruahnya dengan perkara yang terjadi sepanjang minggu ini, tetapi sekarang dia musnahkan segalanya. Dia sudah merosakkan reputasinya sendiri,” kata juara walterweight UFC, Tyrone Woodley pula.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8EtY9x3xxNU]

 

Apa yang terjadi sepanjang minggu ini, lebih tepat lagi sebelum perlawanan? Khabib untuk pengetahuan anda adalah seorang Muslim yang menjaga agama dan keluarganya daripada di hina. Dua perkara ini yang dibuat main oleh McGregor seminggu sebelum perlawanan dan sidang media.

Mengetahui sikap Khabib yang tidak banyak bercakap, ternyata McGregor telah memnggunakan pelbagai cara untuk membuatkan lawannya koyak sebelum bertarung.

Dalam satu sidang media bersama misalnya, McGregor dengan sengaja mencetuskan kontroversi apabila menawarkan minuman keras kepada Khabib. Dalam satu lagi insiden, ketika memperkenalkan pertarung sebelum ini, McGregor juga tampil dengan gaya samseng seperti menolak badan Khabib biarpun Khabib datang dengan gaya bersahaja dan tidak mahu melayan perseteruan di luar gelanggang. Malah dalam acara yang sama juga, McGregor turut dilihat membuat pelbagai provokasi secara berlebihan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Va4yvp7ECeM]

 

Lebih lama daripada itu, pada April McGregor juga pernah ditahan pihak berkuasa kerana tindakannya menyerang kenderaan yang dinaiki pasukan Khabib. Dalam serangan tersebut, McGrgor bersama-sama dengan pasukannya telah menggunakan pelbagai objek yang dilontar pada cermin kenderaan yang dinaiki Khabib sehingga pecah.

Walaupun tindakan McGregor dianggap sebagai satu penghinaan kepada lawan dan sudahpun mendapat balasan atas cakap besarnya. Namun apa yang dilakukan oleh Khabib turut tidak dipersetujui oleh penonton dan penganjur sendiri.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=63OCvuC-GSY]

 

Dana White, Presiden UFC sendiri dilaporkan enggan menyerahkan tali pinggang kemenangan kepada Khabib selain tiga anggota pasukannya turut ditahan pihak berkuasa. Ketiga-tiga ditahan selepas turut campur tangan dan menyerang McGregor yang terpinga-terpinga di dalam gelanggang selepas ditewaskan oleh Khabib.

Apa pun yang berlaku. Khabib tetap seorang juara, McGregor langsung tidak berdaya dalam perlawanan tadi. Tahniha Khabib.

Sumber : Express UK, The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.