Siakap Keli

Bayi Bertali Pusat Dan Penuh Najis Ditemui Di R&R

Sebuah portal berita tempatan berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tandas perempuan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang, pagi tadi.

Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa bayi tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi di hentian sebelah Lanchang menuju ke Kuala Lumpur.

Memetik kenyataan daripada Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood pihaknya menerima panggilan yang dibuat daripada bilik kawalan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 sekitar pukul 6 pagi.

Lapor akhbar itu lagi, bayi berkenaan ditemui diletak di atas kabinet tandas dalam keadaan masih bertali pusat dan bernajis.

Menurut kenyataan Zundin Mahmood seperti yang dilaporkan portal berita tersebut, saksi memberitahu terdengar bunyi suara bayi menangis sekitar 4.30 tetapi tidak mengendahkannya. Namun, kerana curiga, dia sekali lagi datang menjenguk semula setengah jam kemudian dan menemui bayi di tandas nombor 11.

Bayi berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saksi berkenaan kemudian mengambil kain pelikat dan telekung daripada surau R&R untuk membalut bayi berkenaan.

Menurut akhbar itu lagi, pihak polis percaya bayi tersebut dilahirkan ditempat lain sebelum dibawa dan ditinggalkan di lokasi ditemui. Lokasi berkenaan juga tidak mempunyai kamera pengawasan litar tertutup dan tiada sebarang bukti ditemui.

Pihak polis ketika ini menyisat kejadian berkenaan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.