Siakap Keli

Dua Atlet Para Negara, Ridzuan Dan Latif Cemerlang Pecahkan Rekod Dunia Di Sukan ParaAsia

Hari bertuah untuk rakyat Malaysia hari ini apabila atlit para negara, Ridzuan Puzi berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan Para Asian 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia ketika ini.

Dia yang turun beraksi dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) bukan sahaja berjaya merangkul pingat emas, malah larian juaranya turut berjaya memecah rekod dunia milik atlet Rusia sebelum ini.

Ridzuan dalam acara berkenaan berjaya mencatat masa 11.87 saat, manakala rekod dunia milik Evgenii Shetsov yang dicatat di Lyon sebelum ini adalah 11.90 saat.

Ini bukanlah kali pertama Ridzuan beraksi cemerlang dan mengharumkan nama negara. Untuk pengetahuan anda, dia juga merupakan pemegang pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara sama yang berlangsung di bumi Rio beberapa tahun lepas.

Selain itu, nama Ridzuan juga turut meniti di bibir-bibir peminat sebelum ini apabila turut meraih kejuaraan di pentas Kejohanan Olahraga Dunia dan Suka ParaAsean.

Saksikan saat-saat indah melalui video yang dikongsi oleh pengguna twitter Aysha Ridzuan dibawah. Momen emas dan rekod dunia Ridzuan ini bakal dikenang sampai bila-bila.

Turut sama mengharumkan nama negara pada hari ini adalah Abdul Latif Romly yang berjaya memperbaharui rekod dunia yang sebelum ini juga merupakan miliknya. Latif yang berkasi dalam acara lompat jauh kategori T20 berjaya mencatatkan jarakn7.64 meter untuk memenangi pingat emas.

Sebelum ini, rekod dunia yang dicatatkannya semasa memenangi emas paralimpik di Rio adalah dengan jarak 7.60 meter.

Tahniah sekali lagi Ridzuan dan Latif. Anda berdua adalah kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Salute!

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.