Siakap Keli

Ingat Sedang Tidur Rupanya Dua Remaja Ini Sudah Tidak Bernyawa Terbaring Dalam Kereta

Dua remaja disangka sedang tidur tetapi rupanya telah mati di dalam kereta. Kejadian tersebut ternyata mengejutkan mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, Kinatabangan, apabila kedua-dua mereka ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, semalam.

Menerusi sebuah portal media tempatan, dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya yang dilaporkan berusia 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan telah bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal pihaknya mendapati sebuah kereta warna putih diletakkan di tepi jalan. Enjin kereta ditemui masih hidup ketika itu dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring seakan sedang tidur.

Menurut beliau, cermin dan pintu kenderaan kemudiannya diketuk, tetapi malangnya kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak.

Susulan itu, bomba Kinabatangan dipanggil bagi membantu kerana usaha untuk membuka pintu oleh pihak polis gagal. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.

Mangsa telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan. Mayat dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat yang akan dilakukan pada 9 pagi hari ini.

Baca : Polis Sah Dua Remaja Mati Dalam Kereta Terhidu Karbon Monoksida

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.