Siakap Keli

Polis Sah Dua Remaja Mati Dalam Kereta Terhidu Karbon Monoksida

Polis telah mengesahkan kejadian kematian dua remaja lelaki dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Kampung Jaya Baru, Kinatabangan semalam adalah berpunca daripada terhidu karbon monoksida.

Menerusi sebuah portal media tempatan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, bedah siasat ke atas mangsa, Mohd Fitri Haimin, 19 tahun telah dijalankan bermula dari jam jam 10.40  pagi hingga 1.30 tengah hari tadi. Manakala bedah siasat seorang lagi mangsa sedang dijalankan.

Daripada hasil laporan bedah siasat tersebut, mangsa telah disahkan mati akibat keracunan (terhidu karbon monoksida) daripada pelepasan dan gas penghawa dingin kenderaan.

Sebelum itu, kedua-dua remaja berkenaan disangka sedang tidur dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, diparkir di tepi jalan raya kampung berkenaan.

Baca : Ingat Sedang Tidur Rupanya Dua Remaja Ini Sudah Tidak Bernyawa Terbaring Dalam Kereta

Malangnya, mereka berdua telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.