Siakap Keli

Makan Makanan Tinggi Kolestrol Boleh Sebabkan Paras Kolestrol Dalam Badan Meningkat?

Kolestrol tinggi dalam badan sudah sekian lama dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Untuk berdekad-dekad lamanya, kita sering diberi amaran bahawa mengamalkan diet makanan tinggi kolestrol boleh menyebabkan paras kolestrol dalam badan meningkat.

Idea ini mungkin ada rasionalnya jika mengambil kira kajian yang dilakukan untuk 50 tahun yang lalu, bagaimanapun dengan perkembangan teknologi dan kajian berterusan, bukti yang diperoleh tidak lagi menyokong idea berkenaan.

Artikel kali ini ingin membaca pembaca lebih dekat dengan kajian terkini terhadap amalan diet kolestrol dan peranannya dalam mengawal paras kolestrol dalam darah dan penyakit seperti penyakit jantung.

Apakah yang dimaksudkan dengan kolestrol?

Kolestrol mempunyai sifat seperti lilin. Satu sebatian seakan-akan lemak yang terbentuk secara semula jadi di dalam badan. Sudah sekian lama manusia menganggap bahawa kolestrol berbahaya untuk kesihatan, namun sebenarnya kolestrol amat diperlukan badan.

Kolestrol sebenarnya berfungsi membekalkan struktur membran untuk setiap sel yang ada dalam badan manusia. Malah, kolestrol juga diperlukan untuk menghasilkan hormon dan vitamin D serta penting untuk pelbagai fungsi badan yang lain lagi. Mudahnya, badan anda mungkin tidak dapat menruskan fungsinya tanpa kehadiran kolestrol.

Kolestrol dihasilkan semula jadi di dalam badan sendiri. Namun, badan manusia turut menyerap kolestrol daripada makanan, seperti telur, namun dalam jumlah yang tersangatlah sedikit.

Kolestrol dan lipoprotein

Apabila orang ramai bercakap mengenai koletsrol dan mengaitkannya dengan masalah kesihatan, mereka kadang lupa tidak sedar apa yang diperkatakan itu tiada kaitan pun dengan kolestrol.

Sebenarnya, apa yang disebut itu merujuk kepada satu struktur di dalam darah yang fungsinya bertanggungjawab untuk mengangkut kolestrol. Struktur ini diberi nama sebagai lipoprotein.

Lipoprotein terbina daripada lemak (lipid) di bahagian dalam manakala bahagian luarnya pula diperbuat daripada protein. Terdapat beberapa jenis lipoprotein, namun yang ada signifikan dengan jantung adalah lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (LDL).

LDL

LDL membentuk kira-kira 60-70 peratus lipoprotein darah dan bertanggungjawab mengangkut partikel kolestrol ke seluruh badan. LDL seringkali disebut sebagai kolestrol ‘jahat’ kerana boleh menyebabkan manusia mengalami masalah atherosclerosis atau pembentukkan plak dalam arteri.

LDL yang mengangkut terlalu banyak kolestrol inilah kemudiannya dikaitkan dengan masalah sakit jantung. Faktanya, semakin banyak kolestrol yang diangkut, semakin tinggilah risiko terkena serangan jantung.

LDL sendiri juga terbahagi kepada beberapa bentuk, biasanya akibat pemecahan. LDL ini seringkali diklafikasikan berdasarkan saiznya, sama ada LDL kecil, LDL padat atau LDL besar.

Kajian menunjukkan bahawa orang awam yang mempunyai LDL dengan partikel kecil lebih berisiko untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang mempunyai LDL dengan partikel lebih besar.

Bagaimanapun, paling penting yang perlu difahami, kuantiti LDL itulah sebenarnya yang mempengaruhi kesihatan jantung berbanding saiznya. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur partikel LDL adalah LDL-P.

Umumnya, semakin banyak partikel LDL yang ada di dalam badan, bermakna semakin tinggilah risiko anda untuk diserang masalah sakit jantung.

HDL

Fungsi HDL pula bertanggungjawab untuk mengangkut lebihan kolestrol di dalam badan dan membawanya ke bahagian hati. Ia kemudian sama ada boleh digunakan atau dibuang daripada badan.

Saintis juga dikatakan menemui beberapa bukti bahawa HDL turut berfungsi untuk menghalang pembentukan plak pada arteri.

HDL juga seringkali disebut sebagai kolestrol ‘baik kerana dengan adanya HDL yang mengangkut lebihan kolestrol daripada badan membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Diet rendah kolestrol beri kesan pada badan?

Sebenarnya, jumlah kolestrol dalam makanan dengan jumlah kolestrol dalam badan adalah dua perkara yang berbeza. Jika difikirkan, ada logiknya dakwaan bahawa memakan makanan tinggi kolestrol boleh meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan, namun sebenarnya ia tidaklah seperti yang didakwa.

Badan sebenarnya mempunyai mekanisme tersendiri untuk menentukan jumlah kolestrol di dalam badan dengan mengawal pengeluaran sebatian berkenaan.

Apabila anda mengamalkan diet rendah kolestrol, badan anda akan menghasilkan lebih banyak kolestrol dan begitulah sebaliknya. Disebabkan badan mempunyai fungsi sebegini, maka saintis menyimpulkan bahawa makanan tinggi kolestrol hanya memberikan impak yang sangat kecil pada badan.

Bagaimanapun, ada kes menunjukkan bahawa makan makanan tinggi kolestrol menyebabkan berlakunya peningkatan paras kolestrol dalam darah. Keadaan ini hanya menyerang kira-kira 25 peratus penduduk dunia yang diistilahkan sebagai hyperresponders. Kecenderungan ini disebabkan masalah keturunan.

Kajian terhadap populasi ini menunjukkan kolestrol makanan menyebabkan berlaku peningkatan secara sederhana paras kolestrol dalam badan, bagaimanapun tiada bukti menunjukkan bahawa risiko serangan jantung juga bertambah.

Kolestrol dan sakit jantung

Bertentengan dengan kepercayaan popular umum, kolestrol bukanlah faktor tunggal masalah jantung. Terdapat pelbagai lagi faktor lain antaranya keradangan, stress oxidative, tekanan darah tinggi dan tabiat merokok.

Memandangkan serangan jantung berlaku disebabkan lipoprotein yang mengangkut kolestrol di dalam badan, boleh dikatakan bahawa amalan diet rendah kolestrol hanya mempunyai kesan sedikit ataupun tiada langsung kesannya.

Mitos kolestrol sebabkan sakit jantung

Kajian asal yang dilakukan penyelidik terdahulu yang menyimpulkan bahawa kolestrol makanan meningkatkan risiko sakit jantung boleh dipertikaikan sebenarnya.

Salah satu kajian asal yang menemui kaitan ini dibuat berdasarkan pemerhatian ke atas arnab makmal yang diberi makan kolestrol, dimana arnab adalah haiwan herbivor yang tidak menggunakan kolestrol secara semula jadi.

Biarpun kajian ini langsung tiada kaitan dengan manusia, bagaimanapun akibat keputusan yang digembar-gemburkan itu menyebabkan pelbagai kajian dijalankan untuk mencari perkaitan antara kedua-duanya.

Malangnya, kajian-kajian yang dilakukan seterusnya sangat lemah dan tidak dibentuk dengan sempurna sehingga banyak faktor-faktor penting antara arnab sebagai haiwan herbivor ditolak tepi.

Kualiti kajian terkini

Kajian terkini dengan alatan canggih dan rekaan kajian yang lebih berkualiti mendapati bahawa diet rendah kolestrol tiada kaitan dengan masalah sakit jantung.

Malah kajian berterusan juga dilakukan terhadap telur secara khusus kerana telur seringkali dikaitkan dalam amalan diet kolestrol. Hasil kajian itu mendapati bahawa memakan telur tidak memberi kesan kepada kesihatan jantung seseorang.

Menariknya, telur didapati dapat membantu meningkatkan kualiti lipoprotein yang secara tidak langsung merendahkan risiko sakit jantung sebenarnya.

Malah, saintis juga memberi tumpuan dengan mebuat kajian terhadap individu yang memakan telur secara keseluruhan dan mereka yang tidak memakan kuning telur. Hasil kajian itu mendapati bahawa mereka yang memakan tiga biji telur penuh menunjukkan berlakunya peningkatan partikel HDL dan mengurangkan partikel LDL berbanding mereka yang mengamalkan diet telur yang lain.

Bagaimanapun, saintis juga mendapati bahawa terdapat kaitan risiko antara amalan makan telur dengan penyakit kencing manis, setidak-tidaknya dalam diet yang diamalkan dalam budaya barat.

Jadi, perlu ke elak makanan tinggi kolestrol?

Untuk berdekad lamanya, kita dimomokkan bahawa makan makanan tinggi kolestrol boleh menyebabkan kita mendapat penyakit jantung, namun kajian terkini menunjukkan hasil yang sebaliknya.

Ironinya, banyak makanan sihat seperti daging lembu organik, telur, produk tenusu lemak penuh, minyak ikan, kerang-kerangan, sardin dan hati. Makanan-makanan ini sebenarnya sangat sihat, jadi jangan elak biarpun ada yang memberitahu ada kolestrol tinggi di dalamnya.

Sumber : Healthline

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.