Siakap Keli

Harga Rokok Naik Lagi Hujung Bulan Ini

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Parlimen hari ini memberitahu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok akan dinaikkan.

Beliau mengulas, Kementerian Kesihatan dalam proses menyelaraskan kelulusan harga dan mungkin akan dinaikkan dalam tempoh minggu selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Katanya, dibawah Peraturan A, harga produk ini perlu dinaikkan daripada harga terikat sekarang apabila terdapat mana-mana cukai dinaikkan berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ogos lalu, syarikat JT International Bhd telah mengumumkan kenaikan harga rokok bagi semua jenamanya yang diedarkan di Malaysia susulan penguatkuasaan cukai SST.

Nur Farra