Siakap Keli

Pemburu Amatur Dakwa Temui Kokpit Dan Ekor Pesawat MH370 Di Hutan Kemboja?

Seorang pemburu kapal terbang amatur mendakwa bahagian kopit dan ekor pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang kira-kira lima tahun lalu ketika penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing ditemui di hutan belantara di Kemboja.

Brit Ian Wilson membuat penemuan berkenaan melalui Google Earth ketika dunia masih lagi bingung dengan salah satu misteri kehilangan paling besar dalam dunia aviasi moden ini.

Lokasi nahas kedua yang ditemuinya itu terletak kira-kira 16 kilometer daripada tapak pertama yang ditemui oleh seorang lagi pemburu pesawat amatur, Daniel Boyer.

Malah Wilson turut mendakwa dia kini mampu mendapatkan imej kopit dan ekor yang lebih jelas berdasarkan pencarian di Google Earth berkenaan.

Wilson mendakwa gambar-gambar berkenaan di temui terdampar di hutan belantara barat laut ibu kota Kemboja, Phnom Penh.

Wilson mendakwa salah satu bahagian yang ditemuinya itu mempunyai ukuran 17.8 kaki, hampir menyamai panjang kopit Boeing 777 iaitu 19 kaki 3 inci membuatkan dia yakin bahawa bahagian berkenaan mungkin bahagian depan pesawat MH370.

Malah, Wilson turut bertegas bahawa dia boleh melihat garisan merah logo Malaysia Airline pada satu lagi bahagian yang ditemuinya. Wilson mendakwa bahagaian berkenaan merupakan bahagian ekor pesawat MH370.

Bahagian ekor berkenaan bagaimanapun dianggarkan mempunyai ukuran 31.7 kaki sedangkan ekor pesawat Boeing 777 adalah 30 kaki.

”Saya tidak percaya apabila saya melihat imej-imej ini. Pertama, bahagian kopit dalapat dilihat dengan jelas, kemudian bahagian ini (ekor). Bangkai pesawat ini perlu disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, ramai pemerhati menyangkal dakwaan Wilson dengan mendakwa imej berkenaan mungkin sebuah pesawat yang secara kebetulan sedang terbang di wilayah berkenaan ketiika [enemuan tersebut dibuatnya.

Malah Google Earth sendiri dalam kemas kininya beberapa minggu lepas membuat perincian tahun dan tarikh yang berbeza untuk imej-imej berkenaan, tidak seperti yang didakwa oleh Wilson.

Ini sekaligus mewujudkan kemungkinan bahawa imej-imej yang didedahkan oleh Wilson mungkin sudah diambil beberapa kali sebelum ini menggunakan kamera satelit syarikat gergasi teknologi itu, sekaligus menolak ketepi dakwaan yang dibuat oleh Wilson.

Dengan gambar yang dikongsi oleh Wilson bertarikh Mac 2017, bagaimanapun pada minggu lepas, imej yang sama turut diterbitkan oleh Google Earth dengan tarikh lebih lama, iaitu pada Desember 2015.

Malah sebelum ini, imej berkenaan juga pernah digunakan oleh pemburu amatur lain pada 2014 yang membuat pencarian menggunakan Google Maps, kira-kira 2 bulan selepas pesawat berkenaan hilang.

Walaupun dibantah, Wilson masih berpegang teguh dengan teorinya dan merancang bersama-sama abangnya untuk melawat lokasi bangkai berkenaan dalam usaha untuk merebut USD 53 juta yuran pencarian.

Sumber : The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.