Siakap Keli

Peluru ‘Sesat’ Tembus Tudung, Pembantu Seorang Ahli Politik Hampir Maut

Dua peluru yang menembusi ruangan pejabat menara kompleks Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Jakarta yang hampir mengenai kepala seorang penolong pegawai DPR adalah peluru sasar dari tempat latihan menembak perbankan, kata pihak Speaker Dewan, Bambang Soesatyo.

“Pelaku insiden itu sudah ditemui dan akan dijatuhkan hukuman,” katanya dalam satu perjumpaan media semalam.

“Hampir saja peluru itu mengenai pegawai tersebut, tapi syukurlah tidak kena sesiapa,” kata Bambang.

Menurut laporan, peluru itu telah ditembak daripada jarak 400 meter ke menara sehingga sesat masuk kedalam pejabat sehingga menembusi rambut atau bahagian belakang salah seorang pembantu Bambang yang bertudung.

Bambang ketika dalam satu temu bual menambah, pejabat Wenny Warouw yang terkena tembakan terlebih dahulu, kira-kira 15 minit sebelum pejabat Bambang Heri ditembak.

“Pak Wenny di tingkat 16 mungkin ditembak kalau dia berdiri.”

Gambar yang tular menunjukkan salah seorang pembantu Bambang hampir ditembak mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersependapat bahawa ia adalah cubaan membunuh ahli politik.  Pun begitu, kenyataan tersebut disangkal Bambang kerana beliau dan Wenny datang daripada parti yang berbeza.

Bambang dibawah parti Golkar menyokong Jokowi manakala Wenny daripada parti Gerindra yang menyokong Prabowo Subianto.

Melalui siasatan awal pihak berkuasa, mereka menyimpulkan kejadian tersebut tidak disengajakan kerana mendakwa peluru itu sesat dari padang latihan menembak.

Menurut Setyo peluru itu tersesat ke tingkat 13 dan 16 ketika anggota melakukan latihan ‘tembak reaksi’ iaitu melepaskan tembakan sambil bergerak.

Sumber: BBC Indonesia

Nur Farra