Siakap Keli

Bukan Hanya Untuk Penduduk Selangor, Bagaimana Untuk Mohon Rumah Murah Dibawah Skim Selangorku

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Sekarang ni kita pun sampai tercungap-cungap bila tengok harga rumah. Masih ramai lagi yang tidak memiliki rumah terutamanya golongan fresh graduate sehinggalah golongan graduate lapok yang rata-rata daripada mereka bergaji purata RM3,000 lebih memilih untuk membeli kereta berbanding rumah (boleh tayang kat orang kampung). Bukan tak mampu, tapi tak reti cari.

RUMAH SELANGORKU SIME DARBY PROPERTY

Pada yang belum tahu, ni den nak cerita, Rumah Selangorku ni merupakan rumah mampu milik, satu inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan penduduk warganegara Malaysia (penduduk tetap Selangor & luar Selangor) dapat membeli rumah di Selangor melalui aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

Projek perumahan daripada Sime Darby Property Berhad merangkumi rumah dengan harga yang mampu milik, dilengkapi kemudahan prasarana dan lokasi yang strategik. Setakat ini terdapat 3 lokasi strategik iaitu Harmoni 1 di Putra Heights, Seruling dan Serunai di Bandar Bukit Raja. Dua lagi lokasi iaitu City of Elmina dan Bukit Jelutong bakal dilancarkan kelak. Harmoni 1 di City of Elmina mempunyai rekaan yang unik menggunakan Divergent Dwelling Design (D3).

Rumah Selangorku daripada Sime Darby Property ini memiliki reka bentuk yang moden dan unik sesuai untuk keluarga yang semakin berkembang, harga yang mampu milik (dari RM 170,000), termasuk 2 tempat letak kereta, kemudahan prasarana yang lengkap dan lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan pusat membeli belah dan pengangkutan awam.

Berikut antara benda best dan menarik tentang Rumah Selangorku Sime Darby Property yang mungkin korang tak tahu sebelum ni.

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (tidak tertakluk kepada penduduk Selangor sahaja)
  2. Pemohon atau pasangan belum pernah memiliki kediaman di Selangor
  3. Sesuai kepada yang tak mampu untuk membeli apartment di KL/Selangor tetapi ingin tinggal di dalam Selangor.
  4. Sesuai untuk yang bujang, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga keluarga yang semakin berkembang
  5. Kadar pendapatan rumah daripada RM3,001 sehingga RM15,000
  6. Harga bermula daripada RM 170,000 sehingga RM 270,000 (termasuk 2 tempat letak kereta)
  7. Terletak di lokasi yang strategik dan berhampiran pelbagai kemudahan prasarana
  8. Rumah Selangorku Sime Darby Property memiliki reka bentuk yang moden dan berkualiti
  9. Berdekatan beberapa lebuh raya utama.

Daftar Sekarang!

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemilikan rumah bukan berdasarkan isi rumah (pasangan suami/isteri) tetapi berdasarkan individu/pemohon sahaja.
  3. Pendapatan pemohon dari RM 3,001 – RM 10,000 sebulan atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 15,000 sebulan (Apartmen Serunai & Harmoni 1, Putra Heights sahaja).
  4. Pendapatan pemohon dari RM 3,001 – RM 15,000 sebulan atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan (Apartmen Seruling sahaja).
  5. Pemohon tidak memiliki sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. Sekiranya ada kediaman di luar Selangor, perlu mengemukakan bukti Perjanjian Jual Beli (untuk Apartmen Serunai dan Harmoni 1).
  6. Pemohon yang telah memiliki hartanah dibenarkan memohon dengan syarat tidak mempunyai pemilikan hartanah kediaman melebihi satu (1). Ini bermaksud permohonan Rumah Selangorku ini bagi tujuan pemilikan hartanah yang kedua(2) adalah dibenarkan (untuk Apartmen Seruling sahaja).
  7. Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas, boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan melengkapkan permohonan secara manual melalui borang kos rendah (SPP01) yang boleh dimuat turun di laman sesawang LPHS iaitu http://lphs.selangor.gov.my.

*Untuk maklumat lanjut dan permohonan bagi setiap produk Rumah Selangorku layari website Sime Darby Property kat sini

Sama-sama.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think