Siakap Keli

Sel Kanser Merebak Ke Tulang Belakang, Elyana Mungkin Lumpuh

Penyanyi dan pelakon, Elyana memberitahu kanser yang dihidapinya selama ini telah merebak ke tulang belakang dan berisiko menyebabkannya lumpuh.

Elyana menerusi laman Instagram miliknya berkongsi keadaan itu dan dalam pada masa berharap segalanya akan sembuh seperti biasa.

“Semalam doktor cakap saya punya ‘limfa node’ dah berada di saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa mungkin saya akan lumpuh.  Jadi hari ni saya akan jumpa doktor kanser saya dan berbincang akan tindakan selanjutnya, muka dah bengkak, bibir dah kering, kulit dah kering.”

Eyana walau bagaimanapun sudah berjumpa doktornya untuk rawatan radioterapi sebagai langkah pencegahan awal.

“Tadi dah doktor jumpa saya, dia suruh saya buat radioterapi, ini kali pertama saya buat radioterapi, sebelum ni tak pernah buat.”

Elyana sebelum ini telah disahkan menghidap kanser limfoma sejak 2011.

Bersyukur dengan sokongan yang diberikan, Elyana berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya.

 

Nur Farra