Siakap Keli

Kerajaan Austalia Keluarkan Arahan Supaya Pegawai Dan Kakitangan Negara Itu Tidak Guna Perkhidmatan Lion Air

Susulan nahas membabitkan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pagi semalam hingga mengorbankan semua penumpang beserta anak kapal, Australia telah mengeluarkan satu arahan menasihatkan pegawai dan kakitangan kerajaan negara itu untuk tidak menggunakan perkhidmatan pesawat yang sama.

“Susulan nahas pesawat Lion Air pada 29 Oktober 2018, pegawai kerajaan Australia dan kontraktor diarah untuk tidak menaiki penerbangan syarikat itu.

“Keputusan akan dinilai semula apabila siasatan berhubung kemalangan itu sudah jelas,” menurut kenyataan di laman web Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia.

Dalam kejadian pagi semalam, pengawal trafik udara hilang hubungan dengan penerbangan JT610 Lion Air pada jam 6.33 pagi ini, sejurus pesawat itu berlepas pada 6.20 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Kapal terbang itu, yang membawa dua juruterbang, enam kru dan 181 penumpang termasuk tiga kanak-kanak, terhempas di Laut Jawa, tujuh batu nautika ke utara pantai Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat. Pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke lokasi kejadian namun tiada mangsa yang dilaporkan terselamat.

Antara penumpang ialah pegawai pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Kewangan. Difahamkan terdapat 20 pegawai dari kementerian itu berada dalam pesawat untuk perjalanan pulang ke pejabat mereka di Pangkal Pinang selepas menghabiskan masa bersama keluarga atau menghadiri ulang tahun ke-72 Hari Mata Wang di Jakarta hujung minggu lalu.

Pada masa sama, seorang pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan dan empat dari Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berada dalam pesawat berkenaan bersama empat orang hakim turut tersenarai sebagai penumpang.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.