Siakap Keli
Gambar : Harian Jogja.com/ANtara Foto/Akbar Nugroho Guma

Hospital Sahkan Tiada Satu Pun Luka Terbakar Dari Tubuh Korban Lion Air

Setakat khamis, Rumah Sakit Polri Kramat Jati, Jakarta, telah menerima 56 beg mayat mangsa korban pesawat Lion Air JT 610. Tiada penumpang yang dipercayai selamat kerana kesemua jasad mangsa berkecai akibat nahas tersebut.

Namun, Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati, Kombes Pol Dr. Musyafak mengatakan dari kesemua cebisan mayat mangsa yang dibawa ke rumah sakit, tidak ditemukan satu pun tanda-tanda luka terbakar di tubuh mangsa yang terkorban.

“Dari 48 kantung jenazah (yang sampai kemarin) tidak ada tanda-tanda luka bakar. Tidak ada satupun body part (bahagian tubuh) yang seperti itu,” ujar Musyafak, hari ini.

Gambar : (Indra Komara/detikcom)

Sementara itu, hingga pukul 7.00 hari ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) belum menemukan lagi baki jenazah korban kecelakaan pesawat Lion Air JT 610.

Namun, kotak hitam JT610 Lion Air yang terhempas di Laut Jawa telah dijumpai sekitar 11.50 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 30-40 meter dasar laut.

Kotak hitam tersebut dikatakan berada dalam keadaan baik ketika dijumpai oleh pasukan penyelam Angkatan Laut, Tentara Nasional Indonesia (TNI).

Ia akan diproses mengikut prosedur tertentu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap data yang dikandungnya.

Sumber : Tribun News

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di