Siakap Keli

“Beliau Adalah Asnaf Muallaf,” Netizen Tak Puas Hati Dakwa Bukan Islam Dapat Bantuan Zakat

Gambar sepucuk surat dengan nama penerima yang berbangsa Cina tular baru-baru ini kerana pengirim surat tersebut adalah daripada Lembaga Zakat Selangor.

Rata-rata netizen mempersoalkan kelayakan bangsa lain yang bukan beragama Islam mendapat bantuan daripada Zakat Selangor.

Susulan kekecohan ini,  pihak Zakat sendiri melalui status Facebook rasmi mereka menjelaskan perkara sebenar.

Menurut pihak Zakat, penerima tersebut merupakan seorang mualaf dan masih menggunakan nama seperti tertera.

VIRAL SURAT

Maklumbalas berkaitan dengan surat yang tertera nama Low Heng Cheong yang diviralkan di media sosial dan whatsapp group.

Untuk makluman, beliau adalah asnaf muallaf yang mendapat bantuan dari Zakat Selangor.

Beliau masih menggunakan nama tersebut dan untuk makluman syarat pengislaman tidak menghalang mana-mana muallaf untuk mengekalkan nama asal mereka.

Islam itu indah dan mudah.

Antara komen netizen:

Nur Farra