Siakap Keli

Budak Perempuan 4 Tahun Terlantar Di ICU, Kena Rogol Ramai-Ramai Pekerja Hospital

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol oleh seorang kakitangan hospital dan 4 lagi yang lain.

Kanak-kanak itu dijaga di bawah unit rawatan intensif (ICU) di sebuah hospital di Uttar Pradesh, India ketika ‘diserang’.

Memetik sumber, kanak-kanak tersebut sedang menerima rawatan selepas dipatuk ular.  Pegawai polis yang menyiasat memberitahu, mangsa sendiri memaklumkan dirogol oleh 4 lelaki pada Sabtu malam lalu.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki telah berjaya ditahan dan pihak berkuasa masih mencari 3 yang lain.

Rakaman CCTV akan dilihat kembali dan polis menegaskan mengapa kanak-kanak itu dibiarkan bersendirian di ICU.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra