Siakap Keli

Guna Robot Untuk Bedah Manusia, Pesakit Maut Selepas Pembedahan

Seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan jantung yang dilakukan oleh sebuah robot perintis yang tidak menjalani latihan.

Stephen Pettitt, 69, mengalami pelbagai kerosakan organ selepas prosedur pembedahan jantungnya gagal.  Difahamkan, operasi ini pertama kali melibatkan sebuah hospital.

Pakar bedah utama yang mengetuai pembedahan itu Sukumaran Nair, sebelum itu telah menolak untuk menjalani latihan terhadap robot itu terlebih dahulu.

Malah, beberapa kakitangan yang sepatutnya membantu pasukan pembedahan menggunakan robot yang dikenali Da Vinci itu tidak berada di situ.

Kematian Pettitt dari Whitley Bay, Tyne &Wear di Hospital Freeman itu memaksa siasatan besar-besaran dibuat termasuk dari pihak polis.

Robot Da Vinci direka sebagai menjadi kunci utama dalam proses pembedahan agar lebih selamat dan tepat.

Selepas mangsa meninggal dunia, penyelaras dalam penggunaan robotik di Freeman, Paul Renforth berkata, Nair telah menghubunginya meminta maaf dan mungkin akan menjalani lebih banyak latihan.

Menurut pakar patologi Nigel Cooper berkata: “Pembedahan itu berlaku dalam jangka masa yang lama, namun penghujung proses pembedahan jantung berfungi sangat teruk.

“Ubat-ubatan dan mesin digunakan untuk membantu jantung kembali berfungsi namun organ Pettitt mula merosot dan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.