Siakap Keli

Tak Capai ‘Target’ Jualan, Pekerja Dipaksa Makan Lipas, Minum Air Tandas, Disebat Majikan

Tiga orang pengurus di sebuah syarikat pembaikan rumah di Zunyi, China baru-baru ini ditangkap kerana menjalankan hukuman melampau terhadap pekerjanya termasuk memaksa untuk makan lipas kerana tidak mencapai sasaran jualan sepatutnya.

Penahanan ketiga-tiga pengurus itu diambil selepas pekerja syarikat tersebut ‘mendedahkan’ aktiviti majikan mereka di laman media sosial.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju berdiri di sebuah bilik dan disebat dengan tali pinggang oleh majikan.

Selain itu, ada diantara mereka meminum air berwarna kuning, didakwa air kencing.

“Jika sasaran jualan tidak dicapai menjelang akhir bulan ini, ketua pasukan perlu memakan 3 ekor lipas untuk setiap jualan yang gagal,” salah satu mesej teks ugutan yang dihantar oleh pengurus dan diterbitkan oleh akhbar tempatan, Zunyi Yaowen.

Mesej teks lain turut mendedahkan beberapa hukuman keras yang dibuat oleh pengurus firma termasuk minum cuka dan air tandas, menjual kondom dan pad sanitari di jalan serta memenggal kepala.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa mereka tidak berhenti kerja, dan salah seorang pekerja memberitahu media bahawa mereka masih belum memperoleh 2 bulan gaji dan pihak pengurusan mengugut untuk memotongnya jika berhenti.

Sumber: OddityCentral

Nur Farra