Siakap Keli

Potongan Gaji Menteri Akan Diteruskan – Lim

Potongan 10 peratus terhadap gaji semua menteri kabinet akan diteruskan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya jumlah yang dikumpulkan daripada potongan itu tidak akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) sebaliknya dikembalikan ke perbendaharaan kerajaan.

“Potongan gaji akan diteruskan melainkan diputuskan sebaliknya. Selagi belum terima sebarang arahan, gaji menteri kekal dipotong,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada potongan gaji menteri akan dihentikan apabila THM ditutup. Akaun THM akan ditutup pada 31 Dis ini.

THM ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei lalu untuk menerima sumbangan daripada individu dan syarikat Malaysia bagi membantu kerajaan menangani masalah hutang negara.

— BERNAMA

Nur Farra