Siakap Keli

Zaibo Meninggal Dunia Hidap Kanser Tahap 4

Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 petang tadi (Rabu) di Rengit, Johor.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser esofagos beberapa bulan lalu pada tahap empat dan tidak boleh menelan makanan ketika bulan puasa tahun ini.

Rakan artis, Norlia Ghani antara yang hadir memberi sokongan kepadanya ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Amina Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami telah hadir melawatnya.

Zaibo sebelum ini terkenal dengan sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999 dan filem-filem lain seperti Awan Dania dan pernah melibatkan diri di dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diharapkan isteri serta keluarga tabah menghadapi perkhabaran ini.

Nur Farra