Siakap Keli

EPL Akhirnya Bakal Guna Sistem VAR Musim Hadapan

Sistem Video Pembantu Pengadil atau lebih mesra disapa oleh penyokong bola sepak dunia sebagai Video Assistant referee (VAR) sudah sinonim dengan arus pemodenan bola sepak kini sejak kejohanan Piala Dunia di Rusia beberapa bulan yang lalu.

Apabila beberapa liga termuka dunia seperti La Liga dan juga Serie A sudah mula menggunakan teknologi itu, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya Liga Perdana Inggeris (EPL) nak ikut jejak langkah menggunakan teknologi terbaru ini.

Sebuah laman berita luar negara melaporkan bahawa EPL sudah menghantar permohonan rasmi kepada Fifa dan juga Persatuan Lembaga Bolasepak Antarabangsa untuk turut menggunakan sistem itu bermula musim 2019.

Tahun ini, Liga Inggeris hanya menggunakan sistem itu di kejohanan Piala FA dan Piala Carabao sahaja. Sepatutnya, sistem itu sudah digunakan dalam EPL untuk musim 2018/19 namun pada bulan April yang lepas kelab-kelab liga tersebut mengundi untuk menolak menggunakan sistem tersebut musim ini.

Memandangkan EPL terlalu banyak keputusan yang kontroversi yang dilakukan oleh pengadil perlawanan, maka keputusan untuk membawa sistem itu ke liga utama adalah satu keputusan yang tepat.

Dalam laporan itu juga mengatakan bahawa, kejohanan Liga Juara-Juara Eropah juga turut menggunakan sistem VAR bermula musim 2019/2020.

Sumber: BBC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)