Siakap Keli
Gambar : cheatsheet

Tak Suka Isteri Makan Dalam Kereta, Pergi Rombongan, Antara Jadi Punca Penceraian Pasangan Muda

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Tentunya setiap pasangan yang berkahwin menginginkan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke hujung usia. Namun, ada juga hubungan yang terkandas di tengah jalan terutamanya pasangan muda di bawah usia perkahwinan 5 tahun.

Menerusi maklumat yang didedahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, statistik penceraian pasangan islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja mencecah 2,932 kes di mana antaranya hanya berpunca daripada kes-kes remeh.

Salah-satu punca penceraian pasangan muda yang ternyata mengejutkan ramai adalah disebabkan suami tidak suka akan sikap isteri yang suka makan di dalam kereta. Selain itu, isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai dan membasuh baju pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, perbezaan fahaman politik, pasangan tidur berdengkur dan gemar membeli-belah serta gaji suami lebih rendah juga turut menjadi punca kepada berlakunya penceraian pasangan muda di negara ini. Mungkin kedengaran agak tidak masuk akal, namun inilah yang sebenarnya yang berlaku.

Bagi membendung kes penceraian dari terus berlaku, kerajaan telah mnegambil beberapa langkah iaitu program pra perkahwinan SMARTSTRAT di mana ia hanya difokuskan kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Sebelum berkahwin, setiap pasangan akan diberikan pendidikan kekeluargaan supaya bersiap sedia apabila melangkah ke alam rumah tangga.

Gambar : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.