Siakap Keli
Kapsl selam ARA San Juan sebelum dilaporkan hilang - abc News

Hilang Setahun Bersama 44 Anak Kapal, Bangkai Kapal Selam Muncul Semula Di Lautan Atlantik

Tiada apa yang mustahil apabila bangkai kapal selam tentera laut Argentina yang dilaporkan hilang setahun lalu bersama 44 anak kapal telah ditemui di Lautan Atlantik pada Jumaat.

Tentera Laut Argentina mengesahkan perkara tersebut pada petang jumaat selepas terdapat “pengenalan positif ARA San Juan,” yang terletak pada kedalaman 800 meter di Lautan Atlantik.

Kapal selam itu berjaya dikesan oleh syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Ocean Infinity yang bertanggungjawab dalam operasi pencarian selama kehilangannya.

Kesemua ahli keluarga anak kapal yang terkorban dalam nahas telah dipanggil ke Pangkalan Laut Mar del Plata untuk dimaklumkan secara rasmi dalam tempoh yang terdekat.

Gambar : abc News

Difahamkan, tentera terputus hubungan dengan kapal selam San Juan itu pada 15 November tahun lalu kira-kira 450 kilometer dari pantai Argentina. Ia sedang dalam perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina.

Usaha mencari dan menyelamat dijalankan selepas 48 jam kapal selam itu hilang dari radar melibatkan unit dari 13 negara.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.