Siakap Keli

“Air Fryer Tak Salah Pun,” Didakwa Boleh Sebabkan Kanser, Doktor Ini Perjelaskan Kegunaan Air Fryer

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan Air Fryer sebenarnya memiliki banyak manfaatnya terutamanya kepada penggemar makanan bergoreng tetapi dalam masa yang sama ingin menjaga kesihatan kerana alat ini berkebolehan untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak masak.

Memiliki perkakas memasak ini dirumah pastinya menjadi keinginan semua orang yang gemar memasak kerana ianya memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa tanpa perlu renyah menggunakan minyak masak untuk menggoreng, membakar dan sebagainya.

Meskipun memilik banyak kelebihan, namun kebelakangan ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa alat penggoreng tanpa minyak ini boleh menyebabkan penyakit kanser sekiranya sering digunakan.

Sejauh manakah kebenaran khabar angin ini?

Entri kali ini akan berkongsi penjelasan dari Dr Hanis mengenai dakwaan Air Fryer penyebab kanser yang dikongsikan di laman Facebook beliau.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Sumber: Google

Air Fryer Bukan Penyebab Kanser

Semalam ada beberapa orang tagged hani kat satu Artikel mengatakan penggunaan air fryer berbahaya boleh menyebabkan makanan menghasilkan sejenis kompoun yang menyebabkan kanser (ini pemahaman netizen berdasarkan kandungan artikel tersebut) makanya ramai lah yang tag suami kawan adik beradik memasing tak jadi nak beli air-fryer! Sebab kononnya air fryer bahaya boleh sebabkan kanser. Alahai ke situ pulak jadinya haha

Ni nak cerita bab sains, hani ringkaskan;

Makanan BERKANJI bila digoreng/dimasak menggunakan SUHU YANG TINGGI (iaitu melebihi 120C), akan hasilkan sejenis kompoun yang sifatnya toksik yang boleh menyebabkan kanser iaitu akrilamida.

KANJI + SUHU TINGGI = BAHAYA

Contoh makanan berkanji: nasi; tepung; ubikayu; kentang; roti

Sumber: BBC

Point nya disini, tak kisah lah menggoreng/memasak Makanan BERKANJI menggunakan cara apa: air-fried, deep-fried, oven-bake, microwave even guna kuali legend sekalipun ianya akan menghasilkan akrilamida. Oleh itu, tolonglah; air fryer tak salah! Air fryer tak menyebabkan kanser. Fakta ini perlu dibetulkan.

Macam mana nak kurangkan risiko penghasilan akrilamida ni? Tapi teringin nak makan kentang goreng, ubikayu goreng haha
Dua pemboleh ubah yang boleh kita kawal; SUHU dan MASA

Gunakan SUHU yang rendah, tapi MASA yang lama untuk menggoreng.

Inilah kebaikan air fryer! Kita boleh manipulasi suhu dan masa kita memasak. Kalau nak sukat suhu minyak masak jenuh pulak kan? Hahaha
OK dah clear yang kat sini?

Sumber: Google

Now hani nak tukar mode dari Dr Hani ke #hanisimakjemah 🤣

Hani kalau bab benda yang memudahkan proses menguruskan rumah memang hani suka. Tak kisah lah mengemas atau memasak. Oleh itu, apa sahaja gadjet/appliance/item yang memudahkan kerja kat dapur ni memang dalam wishlist hani dan hani sarankan kat jiran tetangga adik beradik mertua untuk guna. Sebab apa, sebab nak memudahkan kerja kita kat dapur lah. Tak kisah lah wanita bekerjaya ke wanita suri rumah ke, wanita belum berkahwin ke, mana yang memudahkan kerja rumah, hani sarankan beli! Ada rezeki lebih, BELI! Bila kerja rumah kita dimudahkan, efisyen, insyaAllah kurang stress nak menguruskan rumah; lebih banyak masa dengan anak-anak keluarga dan diri sendiri.

Kat sini hani beri contoh penggunaan air-fryer yang efisyen dan mencepatkan proses memasak, banyak lagi boleh buat tapi hani bagi satu contoh:

Siapa suka makan ayam masak merah? Nak masak ayam masak merah secara konvensional:

Goreng ayam dulu (menggunakan minyak yang agak banyak dan menggunakan masa) dah siap goreng ayam baru masak sambal masak merah nya (kalau cara hani wajib gunakan minyak yang sama utk goreng sambal; jimat minyak pada masa yang sama elakkan ada minyak terpakai lebihan) = masa yang lama jadinya dan berminyak double2 lah kan.

New style. Hani masak sambal masak merah. Pada masa yang sama hani masak sambal, hani goreng juga ayam dalam air-fryer. Suhu jangan tinggi sbb kita taknak ayam tu terlalu garing. Ayam utk masak ayam masak merah wajib lembap-lembap juicy2. So kita buat dua kerja dalam satu masa. By time sambal dah nak masak, ayam dah siap masak, tunggu nak dimasukkan je dalam sambal ayam masak merah = kurangkan penggunaan masa = anak pun happy ibu dia tak lama kat dapur.

Sumber: Google

Air fryer bukan hanya untuk menggoreng sahaja ya. Membakar pun boleh buat ayam percik, buat kek pun boleh. Bakar pizza pun boleh. Yang ni episode lain lah ya. Haha nanti-nanti hani kongsi Resepi menggunakan air fryer.

p/S: Siapa yang nak beri hadiah pada diri sendiri atau suami nak beli kan hadiah pada isteri sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau saja2 sebab nak jadi suami soleh nak banyakkan rezeki, tak payah fikir jauh, belikan AIR FRYER, BELI!!

Sumber: Hani Mynis

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar