Siakap Keli
Gambar : Unilever Food Solutions

Bunuh Teman Lelaki Dan Masak Dagingnya Dalam Nasi Beriani, Polis Jumpa Gigi Dalam Pengisar

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang wanita menghadapi pertuduhan membunuh teman lelakinya dan kemudian tergamak memasak dagingnya sebagai sebahagian daripada hidangan nasi tradisional, menurut laporan.

Wanita dari Morocco yang tidak dinamakan itu, didakwa memotong mayat teman lelakinya sebelum menghidangkan ‘machboos’, iaitu hidangan tradisional yang seakan beriani kepada pekerja berhampiran.

Laporan tempatan, memetik abang kepada lelaki itu berkata, pihak polis menjumpai gigi manusia di dalam pengisar wanita itu.

Wanita tersebut kemudiannya ditahan selepas keputusan DNA menunjukkan ia merupakan gigi teman lelakinya, lapor The National AE.

Dia yang telah menjalinkan hubungan bersama teman lelakinya selama 7 tahun itu ditahan kerana disyaki membunuh lelaki itu. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci bagaimana dia membunuh lelaki itu.

Tetapi beberapa laporan mendakwa kejadian itu berlaku selepas kekasihnya itu memberitahu bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.

Difahamkan, kematian itu terbongkar selepas abang mangsa melaporkan kehilangannya kepada pihak polis di Al Ain, Emiriah Arab Bersatu. Laporan tentang kehilangan lelaki tersebut dikeluarkan pada 13 November.

Apabila abang mangsa pergi ke rumah pasangan itu, wanita tersebut menafikan bahawa dia mengetahui di mana teman lelakinya berada, menurut laporan.

Wanita itu pada mulanya menafikan jenayah tersebut tetapi kemudian mengaku melakukan pembunuhan, menyatakan ia adalah satu situasi yang ‘gila’, menurut laporan.

Dia didakwa memberitahu pihak polis bahawa dia mahu membalas dendam selepas teman lelakinya mengakhiri hubungan mereka.

Wanita itu dikatakan telah memotong mayatnya dan menggunakan pengisar untuk mencincang dagingnya.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.