Siakap Keli

‘Skills’ Mekap Ala Professional, Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Duta Kecantikan, Bina Rumah Baru Untuk Keluarga

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun membanggakan seluruh ahli keluarganya apabila sudah mampu membina sebuah rumah atas hasil kerja kerasnya selama ini.

Nes memulakan hobi bersolek dengan hanya menggunakan barangan daripada ibunya sendiri ketika dirinya masih di sekolah rendah.

 

View this post on Instagram

 

แต่งงานแล้วน้าาา

A post shared by เนสตี้ สไปร์ทซี่ (@nes_tyyy) on

Memetik sumber, dengan sokongan padu ibu bapanya, Nes berjaya menempatkan nama di platform media sosial serta diterima di seluruh dunia yang rata-rata mengagumi kebolehannya bersolek ala professional.

Sejak daripada itu, Nes sering diundang menjadi tetamu dan make up artist bagi selebriti-selebriti terkenal Thailand.

 

Setakat ini, Nes mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram dan menjadi beberapa duta kecantikan beberapa produk sehingga pendapatannya yang diperoleh mampu membina sebuah rumah baru buat keluarga.

Selain Thailand, negara China turut menggandingkan Nes bersama selebriti tempatan mereka.

Kejayaan kanak-kanak berusia 12 tahun ini menjadi inspirasi ramai orang.

Sumber: Nextshark

Nur Farra