Siakap Keli

Kerajaan Terus Pertahan Perlembagaan Persekutuan, Tak Akan Ratifikasi ICERD

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Pejabat Perdana Menteri berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kenyataan itu disiarkan melalui pelbagai akaun media sosial Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikut adalah petikannya:

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination – ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination –ICERD).

Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Nur Farra