Siakap Keli
Ahmad Fikhri Amir Teh

(Video)Remaja Perempuan Maut Kepala Tersangkut Di Besi Buaian

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut apabila kepalanya tersangkut pada besi sejenis buaian di Taman Metropolitan Kepong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata kejadian berlaku semasa remaja itu sedang bermain bersama saudaranya pada kira-kira pukul 6.30 petang.

“Akibat kejadian itu, darah keluar daripada bahagian telinga serta kepala, dan dengan bantuan orang awam mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata remaja itu kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 petang.

“Proses bedah siasat akan dijalankan hari ini untuk mengenalpasti punca kematian,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.