Siakap Keli

Anggota Bomba Mangsa Pukul Dilaporkan Kritikal Di ICU

Sebentar tadi kami berkongsi satu artikel di mana seorang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dikejarkan ke lokasi rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ25 telah ditarik keluar daripada ambulans EMRS dan dipukul.

Namun, perkembangan terkini mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dikatakan mengalami kecederaan parah termasuklah patah tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman yang lain.

Mangsa juga dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal. Menurut jurucakap Bomba Selangor, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebuah jentera Bomba dan ambulans EMRS turut mengalami kerosakkan terutamanya pada bahagian cermin kenderaan akibat dipecahkan oleh kumpulan berkenaan.

Selain itu, sebuah bangunan yang dipercayai milik kepada syarikat pemaju, One City Developement Sdn Bhd turut dirosakkan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.