Siakap Keli
Gambar : Data menunjukkan pesawat terlepas laluan - Daily Mail UK

Nyaris-Nyaris, Pesawat Tersasar Hampir 50KM Dari Landasan Angkara Juruterbang Tertidur

Seorang juruterbang tersasar dari lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (km) selepas dia didakwa tertidur ketika mengendalikan satu penerbangan carter.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, pihak mereka sedang menyiasat kes ‘ketidakupayaan juruterbang’ susulan kes penerbangan dari Devonport di Tasmania ke King Island pada 8 November lalu.

Data penjejakan pesawat menunjukkan penerbangan pada 6.21 pagi itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang King Island dekat bandar Currie walaupun tersasar (di udara) sejauh 46km.

Data tersebut yang diperoleh oleh The Australian menunjukkan penerbangan itu adalah satu daripada tujuh penerbangan pesawat Piper PA-31 Navajo VH-TWU yang dijadualkan pada hari tersebut.

Dalam satu kenyataan, ATSB berkata, siasatan akan melibatkan semakan semula prosedur operasi Vortex Air dan menyoal juruterbang terbabit.

ATSB mendakwa juruterbang tersebut tertidur ketika pesawat itu tersasar sehingga mengakibatkan kapal terbang berkenaan terbang sejauh 46km dari King Island.

Pasukan penyiasat mengklasifikasikan kes itu sebagai insiden operasi serius dan dalam proses mengumpul bukti untuk penyediaan laporan akhir.

Laporan berkenaan akan diterbitkan pada penghujung siasatan yang dijangka siap pada Mac 2019.

Pengarah urusan Vortex Air, Colin Tucker enggan memberikan komen berhubung siasatan tersebut ketika dihubungi oleh Daily Mail Australia.

Sumber : Daily Mail UK

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di