Siakap Keli
Gambar hiasan Sumber: Google

“Anak Nanti Sunat Guna Kaedah Apa?” Fahami Dua Teknik Khatan Yang Dikongsikan Doktor Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memandangkan musim cuti sekolah kembali lagi, pastinya ramai ibu bapa sudah merancang pelbagai aktiviti berfaedah untuk anak-anak mereka lakukan sepanjang cuti sekolah ini.

Ada yang membawa anak-anak bercuti dalam dan luar negara, pulang ke kampung dan sebagainya. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk anak-anak bersunat.

Bila ditanya pasal kaedah sunat, segelintir kurang pasti dengan kaedah yang digunakan kerana semuanya diserahkan kepada doktor pakar sahaja. Tetapi sebenarnya, kita kena ambil tahu juga sedikit tenatng kaedah yang digunakan untuk khatan kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa.

Oleh itu, entri kali akan berkongsi penerangan dari Dr Khairul Faizie tentang dua teknik yang gunakan untuk khatan.

Mari fahami penerangan ini dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan
Sumber: Google

Anak nanti sunat guna kaedah apa?
” Entah la..laser kata nya”

Macam ni, untuk kesekian kalinya, kita rungkai salah-fahaman tentang cara bersunat lelaki ni.
Post ini merujuk kepada khatan kanak2 lelaki, dan juga lelaki dewasa. (Untuk khatan bayi lelaki iaitu neonatal circumcision, selalunya akan guna circumcision device yang dipanggil Plastibell ).

Kita fahami dulu 2 teknik / cara khatan utk kanak kanak & lelaki dewasa:

1) Teknik free hand
2) Teknik clamp

Gambar hiasan

Teknik Freehand
=============
Teknik freehand ini ialah teknik guna gunting, forceps, etc. Di mana dalam teknik freehand ini, kulit akan di potong, kemudian akan dijahit. Baca betul betul : AKAN DIJAHIT.
Seiring dengan kemajuan teknologi, alatan seperti gunting telah digantikan dengan alat yg dipanggil Diathermy ( rujuk gambar). Bukan sahaja berkhatan, namun banyak lagi pembedahan lain yg lagi besar, menggunakan alat Diathermy ini.

Laser yang masyarakat selalu sebut sebut sebagai ” teknik bersunat ” tu, ialah sebenarnya menggunakan diathermy ini.

Laser = Diathermy.

Mesin diathermy yang akan hasilkan cas elektrik berfrekuensi tinggi.
Sumber: Google

Apa itu diathermy? Sebenarnya bukanlah laser pun. Pembedahan yang menggunakan diathermy dipanggil Electrosurgery, sebab alat diathermy ini menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi, untuk menghasilkan haba. Haba yang terhasil akan digunakan utk:
– memotong kulit / tissue / etc
– menghentikan perdarahan ( coagulation), dengan cara ia menutup ( seal) saluran darah.
Oleh kerana itu, berkhatan guna diathermy meluas digunakan bagi yg memilih teknik freehand, sebab mudah utk mengawal perdarahan, dan hasil potongan kulit pun lebih cantik.

Alat diathermy
Sumber: Google

Berkhatan menggunakan samada gunting / diathermy, ialah juga dipanggil berkhatan menggunakan instrument ( alatan). Gunting, mesin diathermy, forceps, jarum jahitan…ini semua alatan yg digunakan.

Sebab berkhatan guna teknik freehand ni DI JAHIT kulitnya, maka proses penyembuhan adalah lebih cepat. Proses penyembuhan kulit yg tinggal selepas dijahit dipanggil sebagai ” Primary Intention Wound Healing), dimana bekas potongan dirapatkan dengan jahitan benang.

Alat clamp.
Sumber: Google

Teknik Clamp
===========
Teknik clamp pula, ialah sebenarnya dipanggil juga sebagai berkhatan menggunakan devices ( circumcision via devices).

Semua jenis clamp yg ada dipasaran, ialah devices. Contohnya Alisklamp, Ismailclamp, Smartklamp.

Berkhatan menggunakan devices clamp itu, akan sembuh luka nya dengan proses yang dipanggil Secondary Intention Wound Healing, di mana tiada jahitan di gunakan. Teknik clamp akan mengepit lapisan kulit yg ingin di buang, supaya tiada aliran darah ke kulit tersebut. Hasilnya, kulit akan mati ( dan luruh / tanggal).

Contoh clamp.
Sumber: Google

Oleh sebab itu, sesiapa yangg berkhatan dengan teknik clamp, perlu menunggu antara 7 ke 10 hari utk clamp itu tertanggal ( tertanggal sekali kulit yang ingin dibuang, yang telah mati). Perlu di ingatkan , terdapat kes kes di mana clamp ini tak akan tertanggal sendiri, maka kena di tanggal kan secara manual oleh doktor ( baca : sakit ). Dan sebab proses penyembuhannya ialah Secondary Intention, maka proses sembuh agak lambat berbanding Primary Intention ( iaitu teknik freehand = diathermy = laser). Selepas clamp itu tanggal, kena ambil masa 1 – 2 minggu untuk kawasan berkhatan itu betul betul pulih.

OK, dah jelas kan tentang teknik khatan lelaki?
2 teknik tu aje.
Takyah pening pening kepala.
So, sila ambil tahu teknik apa yg di tawarkan apabila anda pergi daftar anak anda utk jalani khatan.
Ramai yg tanya aku, teknik mana yg terbaik.
Ok, SECARA PERIBADI ya, aku memilih teknik freehand. Sebab proses sembuhnya lebih cepat, dan mengelak kan kerja dua kali ( dan sakit dua kali), andai clamp tak dapat gugur sendiri. Penjagaan lepas berkhatan pun, lebih senang kalau dijahit( teknik freehand).

Sumber: Dr Khairul Faizie

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar