Umum mengetahui bahawa skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.
Sebaik sahaja berjaya menewaskan pasukan Myanmar dan menduduki tangga kedua peringkat kumpulan, Malaysia bakal membuat pertembungan dengan juara satu lagi kumpulan, Thailand untuk mencari salah satu daripada dua wakil yang bakal beradu di peringkat akhir.
Dengan format perlawanan timbal balik, ini bermakna penyokong skuad kebangsaan perlu mengeluarkan lebih duit poket untuk Separuh Akhir 2 di Thailand pada 5 Disember ini.
Dek kerana itulah, sebelum ini ada beberapa pihak yang memuat naik tweet di Twitter memohon pertimbangan CEO Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menyediakan penerbangan khas serta menawarkan harga tiket yang lebih murah.
Sehubungan itu, melalui satu tweet balas, Tan Sri Tony yang sebelum ini berjanji untuk menilai perkara tersebut mengumumkan satu berita gembira bahawa pihaknya bersedia untuk menawarkan penerbangan khas ke Thailand dengan tawaran harga tiket yang istimewa.
Okay @UltrasTranung . Special charter flight at low fare will be organised. Enjoy and come one malaysia. Make sure you Loud in voice on Saturday. ULTRATony signing off. @SyedSaddiq @riadasmat @Benyaminismail
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) November 29, 2018
Terima kasih Tan Sri.
Sumber : Twitter Tan Sri Tony Fernandes