Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Beri Alasan ‘Susah Jaga,’ Anak Tergamak Tinggalkan Ayah Usia 79 Tahun 70KM Dari Rumah

Seorang penganggur berusia 46 tahun dari Otsu, di wilayah Shiga Jepun telah ditangkap kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga kepada bapanya setelah dia tergamak meninggalkan lelaki itu di Lebuhraya Chugoku di pinggir Kobe.

Menurut polis, Ritsuko Tanaka memandu  sejauh 70 kilometer dari rumah mereka sekitar 6.45 petang pada khamis lepas sebelum meninggalkan bapanya itu, lapor Fuji TV.

Warga emas yang berusia 79 tahun dan menderita penyakit Alzheimer itu kemudiannya dilihat merayau-rayau dalam keadaan keliru sebelum dijuma=pai oleh pihak polis.

Pemeriksaan mendapati, lelaki tua itu tidak dapat mengingati namanya sendiri atau alamat tempat tinggal tetapi berjaya menyebut nama anak perempuannya.

Tanaka yang ditahan pada isnin lalu dilaporkan telah mengakui melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Dia memberi alasan, ”Saya rasa susah untuk menjaga ayah dan saya fikir lebih baik sekiranya jika dia dijumpai oleh pihak polis dan ditempatkan di pusat jagaan.”

Sumber ; Japan Today 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.