Siakap Keli

(Video)Ngeri, ‘The Avangards’ Misil Nuklear Hipersonik Baru Rusia, Tidak Mampu Dicabar Negara Lain

Rusia baru-baru ini mengumumkan bahawa senjata terbaru, The Avangards iaitu misil nuklear hipersonik antara benua bakal beroperasi menjelang tahun depan.

Penggunaan senjata baru oleh kuasa dunia itu diumumkan oleh Presidennya, Vladimir Putin dalam satu perbarisan ketenteraan negara berkenaan.

Misil pembinasa itu dikhabarkan mampu terbang pada kelajuan 20 kali ganda daripada kelajuan bunyi dan boleh dilancarkan dalam tempoh beberapa minit sahaja daripada kedua-dua kutub bumi.

Dengan kelajuan ini, misil hypersonik ini dikatakan mampu mengelilingi bumi dalam tempoh 30 minit sahaja.

Sebaik sahaja dilancarkan ke udara, misil ini akan terbang merentasi antara benua dengan menggunakan kelebihan rekaan aerodinamiknya selaian dilengkapi dengam sistem navigasi terbaru yang mampu mengelak mana-mana sistem pertahan peluru berpandu.

Misil ini juga mampu bergerak dengan corak yang tersendiri sehingga menyukarkan mana-mana usaha untuk menyasar atau menembak jatuh misil tersebut.

Setiap misil tersebut boleh dipasang dengan kepala peledak berkuasa nuklear, bagaimanapun menuruk pakar dunia pertahanan, The Avangards tidak memerlukan peledak nuklear pun untuk memberikan kesan kemusnahan luar biasa kepada pihak musuh.

Putin sendiri menggambarkan bahawa The Avanguard akan menghentam negara musuh-musuhnya seperti meteorit dan bola api dari langit.

Selain itu, dengan hanya menggunakan satu misil baru ini, Rusia diakatakan mampu untuk memusnahkan sebuah bandar bersaiz 24 kali ganda daripada kota London. Rusia ketika ini memiliki 24 misil The Avangards.

Rusia juga mendakwa bahawa ujian keberkesanan senjata itu sudahpun dilaksanakan pada tahun 2016 dan sehingga kini, tiada mana-mana negara mempunyai pelan tindakan balas termasuk Amerika Syarikat untuk mempertahankan diri daripada misil tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Fm-UQwV2BcU]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.