Siakap Keli
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Baki Hutang Dilupus Dan Perlepasan Cukai Untuk Majikan Antara 5 Dasar Baru PTPTN

Isu hutang pendidikan percuma dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara isu hangat yang sering diperkatakan netizen sejak kebelakangan ini.

Namun menerusi satu sidang media dan perkongsian yang dibuat di laman facebook rasmi PTPTN, beberapa dasar baru telah diperkenalkan bagi menjawab segala polemik dan memudahkan urusan pembayaran oleh peminjam-peminjam tabung berkenaan.

Antara dasar-dasar baru yang menarik termasuklah majikan menikmati pelepasan cukai sekiranya membantu membayar hutang pendidikan pekerja.

”Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus.

”Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat,” kata kenyataan itu.

Bagi peminjam yang sudah mencapai usia 60 tahun dan masih mempunyai baki pinjaman belum dijelaskan, PTPTN mengambil keputusan untuk melupuskan baki pinjaman tersebut sesuai dengan dasar kerajaan terhadap warga emas.

”Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, PTPTN juga akan memberi pengecualian bayaran balik pinjaman kepada graduan daripada keluarga B40 dan M40 yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. PTPTN juga mengumumkan bahawa pelaksanaan pemotongan gaji secara progresif akan dilaksanakan melibatkan pemotongan diantara 2 hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Manakala pelepasan taksiran cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM 6,000 kepada RM 8,000 bermula taksiran 2019 sebagai galakkan tabungan.

Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di