Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Baki Akaun Lebih RM1 Bilion, Ini Penjelasan AEON Bank

baki akaun lebih rm1 bilion
Kredit: AEON Bank

AEON Bank tampil memberikan penjelasan berhubung isu paparan baki akaun melebihi RM1 bilion yang mencetuskan perhatian pelanggan susulan satu promosi pada 14 Oktober 2026.

Isu baki akaun lebih RM1 bilion

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, AEON Bank memaklumkan bahawa insiden berkenaan menyebabkan ralat paparan baki akaun bagi sebahagian pelanggan.

Bagaimanapun, pihak bank memaklumkan bahawa masalah tersebut berjaya ditangani dengan segera dan semua baki akaun kini dipaparkan dengan tepat.

AEON Bank turut memberi jaminan bahawa akaun serta maklumat pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas akibat insiden berkenaan.

Dalam pada itu, AEON Bank menegaskan komitmennya untuk terus memastikan pengalaman perbankan digital yang lancar, selamat dan terjamin buat semua pelanggan.

Sumber:AEON Bank
Intipati
  • AEON Bank menjelaskan ralat paparan baki akaun melebihi RM1 bilion melibatkan sebahagian pelanggan.
  • Bank itu memaklumkan masalah berkenaan sudah ditangani dan baki akaun kini tepat.
  • AEON Bank memberi jaminan akaun serta maklumat pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan