Siakap Keli

Dapatkan Vivo X21 Pada Harga Runtuh Sempena Festival 12.12 Ini

Festival 11.11 dan 12.12 sering menjadi tumpuan kepada mereka yang gemar membeli belah secara atas talian. Selesai Double 11, kini tiba giliran Double 12 pula menemui kita semua tidak lama lagi.

Sempena dengan festival beli belah itu, syarikat telekomunikasi Vivo akan mengadakan jualan dengan harga runtuh bagi beberapa telefon keluaran mereka. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah Vivo X21.

Telefon yang mempunyai pelbagai teknologi terkini seperti teknologi imbasan cap jari pada skrin atau In-Display Fingerprint Scanning Technology ini ditawarkan pada harga cuma RM 1,599 sahaja, yang mana harga asalnya ialah RM 2,299. Diskaun RM700 tu.

Bukan sekadar teknologi imbasan cap jarinya yang canggih, malah ia juga dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama 12MP + 5MP serta kamera selfie 12MP. Memang sesuai betul dengan korang yang kaki selfie dan yang suka bergambar tu.

Malah, dengan AI HDR yang dimiliki, korang akan dapat menangkap gambar yang cantik walaupun pada keadaan kurang cahaya mahupun ketika membelakangi cahaya.

Bercakap mengenai kualiti gambar, selain X21, Vivo turut memberi potongan harga kepada model Vivo Y85, sebuah lagi model yang mempunyai keupayaan kamera mantap.

Dengan lensa 13MP+2MP pada kamera utamanya, korang akan dapat satu gambar yang cantik dengan hanya satu klik sahaja. Tambahan pula, kamera pada peranti ini mampu menangkap imej bokeh seakan kamera DSLR.

Vivo Y85 ini dijual pada harga RM 699 pada Double 12 nanti, RM 200 lebih murah daripada harga asalnya. Bukan itu sahaja, Vivo turut menawarkan model Vivo Y71i bagi festival ini dengan harga RM 499 (harga asal RM 599)

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni untuk miliki telefon canggih keluaran Vivo sempena Festival 12.12 nanti.

Anda yang berminat boleh dapatkannya di gedung atas talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall, Vivo e-store, Vivo Store serta rakan-rakan pengedar rasmi Vivo di seluruh negara.

#vivoMalaysia #vivoMY #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y85 #X21 #Y71i

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)