Siakap Keli

Kesal Ramai Penyokong Tak Dapat Beli Tiket, KBS Dan FAM Buka ‘Live Screening’ Ajak Rakyat Malaysia Tonton Skrin Gergasi Di Axiata Arena

Kehangatan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 semakin terasa apabila 80,000 keping tiket yang dijual secara dalam talian dan juga secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil sudah habis terjual dalam masa yang sangat singkat.

Ekoran daripada hal ini, Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah memuat naik status di Twitter miliknya menyatakan rasa kesal dan kecewa kepada penyokong yang tidak berpeluang membeli tiket perlawanan akhir.

Dengan itu, Syed Saddiq memberitahu bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan FAM akan membuka siaran langsung skrin besar di Axiata Arena bersebelahan Stadium Bukit Jalil buat semua rakyat Malaysia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.