Siakap Keli

(Video) “Dia Mempunyai Hati Emas,” Terharu Dengan Pertanyaan Pelajar Ini, Tony Buat Kejutan Taja Tiket Ke Mekah

Oktober lalu, Unversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA.

Pelantikan tersebut dilantik Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty berkuat kuasa 3 tahun sehingga 2021.

Terbaru, Tony Fernandes hadir dalam satu program yang dianjurkan pihak universiti berkenaan melibatkan pelajar-pelajar di sana.

Dalam program itu, Tony telah menghadiahkan seorang pelajar tiket penerbangan untuk menunaikan umrah kerana baginya, pelajar itu menginspirasikannya.

Tony dalam satu status yang telah dimuat naik olehnya memberitahu, “Sebagai pengarah UNISZA, saya pergi bercakap dengan pelajar, melawat kampus dan memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan daripada perolehan dana kerajaan yang kurang.

“Semasa berucap, saya tersentuh dengan seorang pelajar lelaki ini yang mempunyai hati emas kerana mempunyai impian untuk membawa ibu bapanya ke Mekah.

“Dia bertanya kepada saya, bagaimana saya sentiasa bermotivasi untuk menjadikan impian saya satu kenyataan.

“Pada akhir ucapan itu, saya membuatkan impiannya menjadi kenyataan.  Dan reaksinya membuatkan saya seronok.”

Nur Farra