Siakap Keli

Kemuncak Meteor ‘Geminids’, Fenomena Pancuran Cahaya Melalui Angkasa Malam Esok

Tahun ini kita akan dapat menyaksikan fenomena pancuran meteor yang dijangka akan melalui angkasa pada 13 dan 14 Disember ini.

Meteor tersebut dinamakan sebagai Meteor Geminids yang menghantar pancuran cahaya dan dikatakan antara meteor paling aktif.

Memetik sumber, meteor ini berasal daripada komet 3200 Phaethon yang ditinggalkan. Kemuncak pancuran ini dapat dilihat pada 14 Disember ini pada 8.30 malam waktu Malaysia.

Cara terbaik untuk menyaksikan keindahan meteor ini adalah dengan mencari kawasan langit gelap yang tidak terganggu dengan cahaya daripada mana-mana bangunan atau lampu jalan.

Sumber: Standard UK

Nur Farra