Siakap Keli

Kanak-Kanak Berusia Tujuh Tahun Minta Polis Tangkap Ayahnya Selepas Mungkir Janji Mahu Bina Tandas

CHENNAI, INDIA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun telah membuat laporan polis dan meminta mereka untuk menangkap ayahnya kerana gagal membina tandas di rumah mereka seperti yang dijanjikannya.

Jutaan penduduk di India tidak memiliki tandas di rumah mereka dan lebih kepada pembuangan air secara terbuka di tepi sungai, laut, semak samun dan sebagainya. Ianya merupakan masalah besar yang boleh menyebabkan terjadinya pelbagai jangkitan wabak penyakit.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai E Hanifa Zaara enggan membuang air di tempat terbuka dan meminta bapanya untuk membina tandas di kawasan rumah mereka.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, bapanya hanya sekadar berjanji dan tidak memenuhi permintaan anak perempuannya itu sebelum Hanifa keluar ke balai polis untuk membuat laporan terhadap bapanya.

” Kanak-kanak ini datang ke balai membuat laporan terhadap bapanya yang enggan menepati janji untuk membina sebuah tandas dan meminta pihak kami untuk menangkapnya,” ujar Valarmathi yang merupakan salah seorang pegawai polis di situ.

Pegawai polis di balai itu kemudiannya menghubungi bapa kepada Hanifa dan memanggilnya datang kesitu sebelum mereka berdamai dan berkompromi.

Bapanya turut menjelaskan bahawa dia telah membuat pemohonan untuk membina tandas ke perbandaran di bawah kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri namun tidak menerima sebarang tindak balas positif.

Kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi telah mendorong kempen untuk membina 100 juta tandas selama lima tahun yang dikenali sebagai “India Bersih”.

Sumber: International The News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar