Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Ada Keraguan, Ancaman, Tembak" Tak Mahu Kejadian Di Gombak Berulang, Ketua Polis KL Arah Anggota Sentiasa Bersedia

Ketua Polis KL Arah Sentiasa Bersedia
Kredit: Bernama

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengarahkan semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman ketika menjalankan tugas.

Menerusi satu rakaman suara yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Polis KL, Fadil berkata beliau tidak mahu kejadian seperti yang menimpa anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berulang terhadap anggota di bawah seliaannya.

“Saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak turut menimpa anggota saya di bahagian hadapan,” katanya.

Ketua Polis KL Arah Anggota Sentiasa Bersedia

Beliau menegaskan setiap anggota perlu tahu bila perlu mengeluarkan senjata api dan mengambil tindakan sekiranya berdepan sebarang ancaman.

Menurutnya, anggota juga perlu bersedia menggunakan senjata api sekiranya berdepan ancaman atau situasi yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

“Pastikan bersedia. Mesti tahu bila perlu mengeluarkan senjata api dan bila perlu bertindak. Keluarkan senjata api, kokang dan bersedia untuk menembak.

“Sekiranya ada apa-apa halangan, tembak. Ada keraguan, ada kerisauan, ada ancaman, tembak. Jangan tunggu,” tegasnya.

Arahan itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota polis ketika menjalankan tugas serta berhadapan dengan pelbagai situasi.

Terdahulu, seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Gombak putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak seorang lelaki warga asing.