Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota Polis Cedera Dalam Kejadian Lelaki Dipercayai Mengamuk

polis
Kredit: Bernama

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Seorang anggota polis cedera di bahagian kiri kepala dalam satu kejadian melibatkan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk di sebuah rumah di Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.

Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dengan kejadian itu pada 12.09 tengah hari sebelum Unit Kereta Peronda (MPV) digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan tangkapan.

“Namun, seorang anggota polis berusia 30-an mengalami kecederaan di kiri kepala dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Md Yusof berkata suspek lelaki berumur 69 tahun yang berjaya ditahan turut dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian perubatan.

“Lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber:BERNAMA