Siakap Keli

Ustaz Kazim, Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di TV Dan Radio?

Pencetus Ummah (PU) Syed baru-baru ini memuat naik satu gambar senarai yang menunjukkan beberapa nama agamawan yang tidak digalakkan untuk muncul di televisyen dan radio.

Selain daripada namanya sendiri, senarai yang sama turut mengandungi nama Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Samsul Debat dan Dato’ Ustaz Kazim Elias.

Seorang penceramah wanita turut memasuki senarai tersebut iaitu Ustazah Norhafizah Musa. Beberapa nama lain yang turut memasuki senarai yang sama adalah Dr. Redzuan Tee, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan dan PU Amin.

”Jika benar, Alhamdulillah. Jika tidak benar, Alhamdulillah. Kerja dakwah tetap diteruskan,” kata PU Syed yang dimuat naik bersama gambar tersebut, Bagaimanapun senarai nama yang belum dapat dipastikan kesahihannya adakah betul penceramah-penceramah ini betul-betul disekat.

Perkara yang sama turut dimuat naik oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias di laman facebook miliknya.

”Dengan khabarnya saya ini sudah tidak digalakkan keluar dalam program televisyen dan radio,” katanya.

Beliau turut berkongsi perasaan sedih sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut bagaimanapun berkata kerja dakwahnya akan terus dijalankan memandangkan dunia dakwah itu sangat luas.

”Bagi yang menyekat itu apalah nak dijawab dihadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah,” katanya lagi.

BACA : Tiada Arahan Larang Penceramah Agama Keluar Tv, Radio – Mujahid

Sumber : PU Syed, Dato’ Mohd Ustaz Kazim Elias

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.