Siakap Keli

“Kalau berhenti merokok, nanti badan naik” Mitos Yang Selalu Kita Dengar Tentang Berhenti Merokok

Semua orang tahu rokok membahayakan kesihatan. Ia bukanlah satu fakta yang susah untuk kita hadam meskipun perokok itu sendiri tahu betapa bahayanya kesan asap rokok kepada orang sekeliling (Second-hand smoker).

Bukan tu je, malah kebanyakkan perokok tanpa segan silu ‘petik’ puntung rokok tepi jalan. Paling tidak pun buang lah dalam tong sampah. Apa yang susah sangat? Yang paling tak tahan, ada pulak tu yang selambe je hisap rokok kat dalam kedai. Penulis pernah pandu kereta, tetiba puntung rokok kereta depan ‘sapp’ masuk ikut tingkap. Suka hati je baling ikut tingkap.

Kenapa susah sangat perokok nak buang tabiat merokok ni?

Berikut merupakan alasan yang selalu kita dengar dari perokok apabila disuruh berhenti merokok.

Mitos #1  “Saya dah lama merokok, rosak dah badan”

Berhenti merokok walaupun sudah merokok dalam tempoh yang sudah lama masih memberikan perubahan baik walaupun hanya 20 minit selepas melakukannya dan dalam masa 5 tahun, risiko serangan jantung kurang hampir 50% berbanding mereka yang masih merokok. Orang putih kata, better late than never.

Mitos #2 “Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Betul ke kalau berhenti rokok, nanti badan naik? Itu semua mainan psikologi je. Hisap rokok sebenarnya menaikkan lagi selera makan kita tambah-tambah pengambilan air manis. “Tak best hisap rokok takde air manis, nanti mulut kering dan pahit. Jom teh tarik dulu!” Mana datangnya berhenti rokok badan turun?

Mitos #3 “Stress kalau tak merokok”

Kelegaan stress akibat merokok hanyalah untuk tempoh yang terlalu singkat malah merokok sebenarnya menaikkan tahap kebimbangan dan mengakibatkan kemurungan dalam jangka masa panjang.

Mitos #4 “Nak berhenti merokok ni kena ikut hati sendiri jugak”

Ya, bukan senang nak berhenti merokok. Kadang-kadang tu ada yang sampai terketar-ketar tangan tak dapat rokok sehari. Tapi nak buat macamana, rokok MEMBAHAYAKAN kesihatan. Nak tak nak kena berhenti jugak, tak kiralah hati kau nak ke tak. Kalau ikut hati, mati!

Ada cara lain untuk korang yang tak boleh berhenti merokok!

Sebagai contoh ialah menggunakan Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti Nicorette. Ia merupakan ubat bantuan yang terbukti berkesan dimana ia berfungsi menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. Dengan ini, ia membantu perokok mengurangkan kesan ketagihan nikotin dan berhenti tabiat buruk mereka dengan selamat.

Nicorette® oleh Johnson & Johnson menampilkan beberapa bentuk produk bagi memenuhi keperluan perokok dalam usaha mereka untuk berhenti rokok. Antaranya adalah Nicorette® Gum dan Nicorette® Invisi Transdermal Patch.

Nicorette® Gum

Nicorette® Invisi Transdermal Patch

Pihak Nicorette® juga menyediakan info dan cara-cara yang berkesan untuk berhenti rokok yang boleh diakses di laman sesawang mereka. Layari Nicorette® untuk maklumat lanjut.

Nicorette® boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Sebagai promosi, Watsons & Caring akan melakukan promosi Tahun Baru. Subsidi sebanyak RM 10 untuk Nicotin Replacement Therapy akan diberikan untuk produk-produk terpilih seperti 2mg gum, 4mg gum dan juga 25mg patch. Promosi ini akan berlangsung dari bulan Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019.

 

KKLIU 2763/2018. Ini iklan produk ubat. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan menggunakan produk ini jika anda mengalami penyakit jantung yang serius, ibu hamil atau ibu menyusu. Tidak boleh igunakan oleh orang bukan perokok. Rujuk kepada kakitangan kesihatan sebelum guna.

Reference

Nicorette Icy Mint Gum Package Insert 2014

Nicorette Invisi Transdermal Patch Package Insert 2014

 

MAL15045076ARZ

MAL15045059ARZ

MAL14035012ACZ

MAL14035008ACZ

MAL14035009ACZ


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think