Siakap Keli

Letupan Besar Umpama Kilat Di Sebuah Restoran Di Sapporo

JEPUN: Sebuah letupan dan api besar telah melanda sebuah restoran di bandar Sapporo yang letak di bahagian utara Jepun, semalam.

Menurut pihak polis Jepun, seramai 41 orang terlibat dalam letupan itu dan disahkan cedera manakala salah seorang dari mereka mengalami kecederaan serius.

Terdapat laporan yang mengatakan letupan mungkin berpunca dari letupas gas di restoran namun kesahihannya tidak dapat dipastikan lagi.

Terdapat imej yang dimuat naik dimedia sosial yang menunjukkan api marak dari kawasan sekeliling serpihan letupan dan ahli bomba berusaha menyelamatkan bangunan yang hampir runtuh.

Site of explosion in Sapporo

Polis menutup kawasan itu berikutan bimbang dengan letupan susulan yang munngkin berlaku.

Salah seorang saksi menyatakan bahawa letupan yang berlaku itu umpama kilat sebelum memecahkan tingkap restoran dan membuatkan ramai individu yang berada di kawasan itu tercedera.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar