Siakap Keli
Gambar Hiasan

Amalan ‘Tidur Sekejap’ Di Siang Hari Bukan Tanda Orang Malas Tapi Untuk Kesihatan, Baca Ini

Sesetengah kita menganggap tidur sebentar atau lelap pada siang hari akan mengundang kesihatan. Ia juga sering diperkatakan oleh segelintir masyarakat seperti perlakuan orang malas.

Namun tidak semua orang tahu akan kelebihan tidur sejenak pada waktu siang merupakan amalan harian oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam sejak dahulu. Ia juga sering dipraktikkan oleh orang barat.

Rasullah SAW menggalakan  orang ramai tidur siang suapaya pada waktu tengah malam mudah terjaga untuk bangun tunaikan solat sunat tahajud.

Ia dianggap praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda juga dikenali sebagai ‘power nap‘. Daripada perspektif Islam, tidur sekejap pada siang hari salah satu amalan yang baik.

Bayangkan dari pagi hingga ke petang kita terlalu fokus untuk tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan mindawaktu rehat yang optimum dengan kaedah yang epat.

Secara saintifiknya telah terbukti bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk ‘power nap‘. Sepertimana yang kita tahu, dalam sistem pekerjaan akan memperuntukan masa untuk berehat setelah berjam-jam keletihan. Waktu itulah sangat bermanfaat untuk anda tidur sejenak daripada berbual kosong dengan rakan.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 20 hingga 30 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Untuk pengetahuan semua, jika anda tidur sekejap pada siang hari tidak akan menganggu masalah tidur malam anda. Malah ia akan menyempurnakan tidur malam anda dengan indah.

Sumber; sleepfoundation, mayoclinic, draxe, islamituindah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang