Siakap Keli

(Gambar) Viral Steak Kambing Paling Sedap, Ini Tempat Makan Wajib Kunjung Sambut Malam Tahun Baru

Zaman sekarang semuanya perlu bijak berbelanja.  Tak kira daripada segi apa pun, yang penting makan kena sedap dan murah.

Dekat mana nak cari tempat makan yang sedap dan murah tu?

Kita tahu dekat Kuala Lumpur ni, ribuan kedai makan yang sedap-sedap dan menyajikan pelbagai jenis masakan.  Tapi, masih ada lagi ke tempat makan terlajak best, suasana 5 bintang dengan pelbagai jenis makanan dari seluruh negara semuanya hanya dibawah harga RM160!

via GIPHY

Kepada korang yang teringin nak tukar selera menikmati makan malam gaya buffet pada malam tahun baru nanti dengan persembahan bunga api, jangan lepaskan peluang makan di The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa, Kuala Lumpur.

Buffet di The Resort Café ini terkenal dengan juadah antarabangsa yang meriah dan bahan yang digunakan segar-segar belaka! Apa yang menariknya buffet ini berbanding buffet di tempat-tempat lain, mereka menghidangkan sajian ‘Churrasco’ secara live dan dibawa panas-panas disetiap meja!

Churrasco merupakan sajian steak yang berasal dari Brazil.  Menariknya sajian ni, setiap jenis steak dihidangkan depan-depan kita.  Ada ayam, kambing, lembu dan pelbagai lagi! Puas hati sangat sebab boleh tambah seberapa banyak pun kita nak.

Pengunjung boleh nikmati semua jenis makanan meliputi hidangan dari Asia, Timur Tengah dan Barat.  Kalau nak senaraikan semua memang tak cukup muka surat, sebab banyak sangat makanan! Boleh rambang mata. Tapi yang pastinya semua makanan yang dihidangkan memang sedap dan sangat berkualiti.  Kalau fikir balik, harga yang ditawarkan memang berbaloi! Kalau tak percaya, jom tengok hidangan yang ada di buffet The Resort Café ni!

Kesegaran makanannya tak dapat disangkal.  Udang harimau segar dihidang untuk pelanggan di bahagian steamboat ni memang puas hati.

Pelbagai variasi seafood menjadi salah satu hidangan di buffet ini.  Untuk penggemar makanan laut, memang wajib datang ke The Resort Café lihat sendiri betapa freshnya makanan ni dan korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak! Picit sikit lemon atas tiram tu, alahai sedap tak terkata!

Selain makanan laut, terdapat banyak menu lain yang dihidangkan antaranya menu ayam ini yang dimasak bersama adunan keju pekat.  Nampak pun dah menyelerakan, apatah lagi bila masuk mulut.  Sedap tak terkata! Rasa ayam yang dibalut bersama bacon tambah lagi sedap bila dimakan bersama kuah keju.

Penggemar sushi angkat tangan! The Resort Café menawarkan seleksi hidangan dari Asia termasuk Jepun dan Korea yang memang sinonim dengan menu ikan salmon ni.  Ikan salmon yang dihidangkan terus cair dalam mulut! Segar sangat.

Dah puas rasa makanan barat, nak cuba makanan Melayu pun ada! Satay di buffet ini dibakar panas-panas. Aroma wangi satay daging dan ayam yang diperap memang rasa rugi kalau tak cuba.  Kami dimaklumkan bahawa, hidangan satay ini antara yang mendapat sambutan tinggi, sebab rasanya yang memang ummph!

Tengok pun dah telan air liur kan? Nasi Briyani ayam antara sajian yang dihidangkan di bahagian menu Timur Tengah menjadi rebutan setiap orang.  Lihat sajalah besar mana ayam atas nasi tu.  Puas hati makan.

Sajian Churrasco dihidangkan ‘live’ dari meja ke meja

Sajian Churrasco Sosej
Sajian Churrasco Kambing

Inilah sajian Churrasco yang disebut-sebut tadi tu.  Antara sajian paling istimewa yang takde kat tempat lain, tapi hanya di The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa.

Pelayan akan jalan disetiap meja membawa hidangan Churrasco ini dengan pelbagai pilihan menu.  Pelanggan boleh pilih nak ayam, kambing, daging, udang atau itik pun ada!  Sedap? Sedap sampai tak tahu nak cakap macam mana, kena datang dan tempah tempat duduk korang cepat-cepat!

Sajian Churrasco Kambing
Sajian Churrasco Udang

Amacam, best kan? Kalau boleh, ada banyak lagi hidangan yang nak kita tunjuk sebab semuanya sedap!

Sajian pencuci mulut

Dah kenyang cuba semua hidangan, tibalah masanya kita cuba pemanis mulut yang ada di buffet The Resort Café.  Daripada kek hingga ke aiskrim, korang boleh pilih je nak yang mana.

Nampak biasa je kan? Tapi puding roti ni antara menu pencuci mulut paling sedap yang ada di sini! Puding roti ni dimakan dengan kuah kastard yang pekat dan cukup rasa manisnya.  Rasa nak pergi lagi nak makan ni je banyak-banyak.

Kalau korang nak cuba semua sajian yang dihidangkan, dah boleh mula buat tempahan sebab sempena menjelang tahun baru yang dah tak lama lagi ni.  Sajian buffet di The Resort Café bermula daripada 31 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019.

31 Disember 2018
Buffet Makan Malam
6.30pm – 10.30pm
Dewasa : MYR158 nett
Kanak-Kanak : MYR78 nett
MakanTengah Malam Ambang Tahun Baru (Supper Countdown)
11.00pm–1.00am
Dewasa : MYR78 nett
Kanak-Kanak : MYR58 nett
 
1 Januari 2019
Buffet Minum Petang
12.30pm – 3.30pm
Dewasa : MYR98 nett
Kanak-Kanak : MYR58 nett
Untuk korang yang mahukan pengalaman berbeza tahun baru ni, The Resort Café merupakan pilihan tempat makan yang tepat dengan pilihan sajian yang pelbagai!
Dengan harga bawah RM160, korang boleh makan apa saja, seberapa banyak yang boleh.  Memang best!
Lepas dah makan kenyang-kenyang, terasa malas nak balik rumah kan? Korang boleh terus check-in di Sunway Resort Hotel & Spa dengan harga bilik bermula daripada RM602+ dan nikmati pemandangan malam tahun baru bersama percikan bunga api daripada bilik.  Menarik!
Kami memang bagi 5 bintang untuk makanan di The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa!
Kalau korang tak nak terlepas peluang untuk cuba sajian Churrasco yang dihidangkan panas-panas atas meja, boleh telefon nombor ni +603 7495 2009 +603 7492 8000 untuk tempahan atau pun e-mel ke [email protected]

Nur Farra