Siakap Keli

Tinggalkan Komen Biadab Mengenai Adib, Wanita Terima Padah Digantung Kerja

Komen yang ditinggalkan seorang wanita terhadap satu perkongsian berita yang melaporkan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Mohd Kassim semalam telah mencetuskan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam komen biadap tersebut.

Ekoran daripada komen tersebut, segelintir netizen bertindak menularkan screenshot komen wanita berkenaan serta beberapa butiran peribadi termasuklah maklumat tempat kerjanya, Honda Seri Utama Auto, Setapak di Kuala Lumpur.

Terbaru, melalui kemas kini di laman facebook syarikat tersebut, pihak pengurusannya sedia maklum dengan kontroversi yang melanda dan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap staf berkenaan.

”Kami memohon maaf di atas kesilapan staf kami mengeluarkan komen yang tidak sensitif terhadap kematian anggota Bomba, Muhammad Adib.

”Kami tidak menerima dan bertoleransi dengan sikap sedemikian. Buat sementara waktu, kami telah menggantung tugas staf berkenaan dan telah memulakan siasatan dalaman.

”Tindakan tegas akan diambil. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, ingatan kami bersama mereka di waktu susah sebegini,” kata kenyataan yang dimuat naik itu.

Dalam komen balas di perkongsian tersebut, seorang netizen telah memuat naik satu laporan polis yang telah dibuat terhadap wanita tersebut.

Semoga insiden ini menjadi iktibar buat netizen supaya lebih berhati-hati ketika sebelum meninggalkan sebarang komen.

BACA: Inilah Masanya, Peluang Untuk Anda Miliki Perabot Mewah Dengan Diskaun Sehingga 80 Peratus Dari Empire Classic Furniture

BACA: Memang Gila, Jualan BigOne 12.12 Senheng Tawar Diskaun Sehingga 50% Dengan Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.