Siakap Keli

Bahana Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama Kerana Selalu Dibuli Rakan Sekelas

Memiliki nama yang sama dengan presiden Amerika Syarikat bukaln lah satu perkara menyenangkan bagi budak lelaki berumur 11 tahun ini apabila dia terpaksa berpindah sekolah dan mahu bertukar nama selepas menjadi mangsa ejekan dan buli rakan-rakan di sekolahnya.

Joshua Trump, mula menjadi mangsa buli rakan sekelasnya selepas Donald Trump mula muncul di kaca televisyen mengumumkan rancangannya mengadakan larian ke White House pada Jun 2015.

“Saya terpaksa menukar bas sekolah anak saya selepas dia kerap dibuli dan ditumbuk oleh rakan-rakan yang mengejek namanya.

“Dia memberitahu bahawa dia bencikan dirinya sendiri dan berasa sedih sepanjang masa hanya kerana isu namanya itu,” ujar Megan yang merupakan ibu  kepada Joshua.

Keluarga Joshua tidak mempunyai sebarang kaitan dengan presiden itu selain hanya memiliki nama yang sama.

Image result for Joshua Trump bullied change name

Joshua dibuli teruk sehingga bapanya Bobby Berto terpaksa memberhentikan dia dari sekolah dan bersekolah di rumah selama setahun.

Bagaimanapun, budaya ejek mengejek dan membuli masih berlaku terhadap Joshua sehingga di alam sekolah menengah sehingga gurunya mengelak untuk menyebut namanya dengan kuat.

Menurut pengetua sekolah tersebut, beberapa pelajar yang terlibat dengan aktiviti membuli itu telahpun ditangkap dan diberikan hukuman setimpal namun Joshua masih lagi dibuli hingga membimbangkan ibunya.

“Sebagai ibu bapa, saya sangat sedih dan takut apabila dia mengatakan dia benci dengan namanya dan hidupnya,” 

Megan memuat naik status berkenaan anaknya di media sosialnya dan menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat dan meminta Joshua untuk menghargai namanya sendiri tanpa perlu memikirkan tentang orang lain.

Sumber: The Epoch Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar