Siakap Keli

Huawei Nova 3, Flagship Bajet Dengan Tetapan 4 Kamera Dan Spesifikasi Tinggi Pada Harga Boleh Bawak Bincang.

Memiliki sebuah telefon pintar kelas bangsawan sememangnya impian buat semua. Namun tak semua mampu ‘bakar’ duit untuk mendapatkan peranti seperti Huawei Mate 20.

Oleh kerana itu, Huawei membawakan siri Nova 3, dilengkapi dengan spesifikasi tinggi pada harga boleh bawak bincang.

Sekali pandang sahaja peranti ini akan menarik lirikan mata yang memerhati dengan binaan panel belakang kaca bersama rekaan gradient tona warnanya, sangat sukar untuk sesiapa sahaja yang menyentuh peranti ini tanpa meleleh air liur.

Melengkapi wajah hadapannya adalah paparan skrin LCD FHD+ berukuran 6.3 inci memastikan pengalaman yang lebih mengasyikkan.

Walaupun ia adalah alternatif bajet kepada Mate 20, tetapi tiada yang ‘bajet’ tentang bilangan kameranya. Huawei Nova 3 dimuatkan dengan 4 kamera.

Dwi-kamera hadapan 24 MP, f/1.8 dan satu lagi sensor monokrom 2MP juga pada bukaan lensa f/1.8 yang mampu menghidangkan hasil gambar yang lazat dengan bantuan AI.

Kemudian dwi-kamera selfie 24MP, f/2.0 dan depth sensor 2MP untuk menghasilkan kesan bokeh.

Kualiti yang ada pada kamera hadapan perantiini sesuai dengan slogan AI Selfie Superstar yang digunapakai.
Ia juga hadir dengan 5 fungsi pengcahayaan yang berbeza iaitu Soft, Butterfly, Split, Stage dan Classic Lighting.
Turut didatangi dengan fungsi Qmoji. Seronok weh!

Cantik luar cantik dalam, Huawei Nova 3 di pukul oleh cip pemprosesan Kirin 970, sama seperti yang kita boleh lihat di peranti flagship Huawei P20.

Turut didatangi dengan fungsi Qmoji. Seronok weh!

Dengan kehadiran kemaskini antaramuka EMUI 9.0, Nova 3 menjanjikan user experience yang lebih minimalistik dan mesra pengguna. Ia turut ditambahbaik bersama sokongan GPU Turbo 2.0 dalam memberikan 60% lebih prestasi dan 30% lebih penjimatan tenaga bateri.

Walaupun luarannya nampak macam ‘jambu’ tapi Nova 3 sememangnya ker

as ketika gaming. Dengan berbekalkan saiz bateri 3,750mAh, ianya mampu bertahan seharian lebih lamanya.

Bateri besar je tak cukup. Nova 3 turut diberi sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge 9V/2A 18W yang mampu mengecas sehingga 60% dalam masa 30 minit.

Tak cukup lagi, dengan memori sebesar 6GB RAM dan pilihan storan 128GB dapat memastikan proses operasi dan multitasking peranti dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sekarang ni kat Lazada dijual pada harga RM1,699 siap dapat free gift Honor Band A2 dan powerbank 10,000mAh. Boleh jugak kalau korang terus je pergi ke Huawei Online Official Store.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think